Pujangg@ Rimb@
Monday, 18 June 2012
Friday, 3 February 2012
KELUHAN JIWA PERINDU SEPI
Rintihan jiwa dibadai awan kenangan
Gemersik kalbu menahan amukan samudera perasaan
Memercikkan aura kuntuman seri senyuman keterpaksaan
Dalam menyiram erti sebuah ikatan bernama hubungan
Kasih ditabuh impian cita disulami tawaan
Mencarik alunan cerita rentak arus kehidupan
Memukul gelombang lisan mendamba anggukkan persamaan
Bergema babak kepuraan memainkan setiap tali perkongsian
Jauh renungan sanubari membelah kepercayaan
Membeli sebait kepercayaan dalam lontaran pertuturan
Merasuk lisan menjana setiap bait kalam dan lakonan
Mendamai getaran hati diraut wajah setitis keikhlasan
Gemuruh teriakan pantulan suara jeritan kesetiaan
Membaris intipan seutas impian bernama harapan
Berpadu kerinduan insan pengubat lara sebuah pertemuan
Janji pengikat rasminya kasih sifat asli gambaran ketertawanan
Bergetar kalbu menolak kenyataan bait sebuah jawapan
Menongkah arus kepiluan memandang sepi tiang kekosongan
Memujuk jiwa membelai hati memadam tanda sebuah kekecewaan
Berterusan mengayun langkah membilang buih sejatinya sebuah kerinduan
Along Arafat
Tanah Merah, Kelantan
22:15 pm 9 Januari 2012
Friday, 6 January 2012
Iktiraf
Lakaran tinta deruan badai
Membangkit jati panorama bayu
Beralih awan citra agong
Menusuk jiwa menikam kalbu
Biasan cahaya penyeri liku
Hiasan budi tawanan hati
Rahsia tutur antara bibit
Reda detik dibalik kepedihan
Sayu gerisik gantian perasaan
Membeli lambaian erti matang
Pesona pujian roda takhta
Rumit purnama menyuluhi semangat
Taksub susila lunak kehidupan
Membina seni membentuk bangsa
Luhur peribadi bait ketentuan
Percaya asas penyeri damai
Menuju puncak menyiram cita
Angguk bertitah ngeleng berhujah
Menawar rupa janji pengikat
Penebus keluh pengertian iktiraf
Along Arafat
Darul Quran Jakim
06:45 pm 24 Jun 2005
Thursday, 5 January 2012
Syurga
Namamu masyhur dibibir manusia
Tinggi nilaimu tidak terbeli oleh harta
Menjadi nisbah alam kehidupan
Biar iman dan amal adalah segala
Namun rahmat Allah jua menjadi sandaran
Syurga………
Petunjuk hidayah anugerah tuhan
Terbentuk sahsiah tingkatan iman
Nabi dan rasul sebagai utusan
Membawa jalan sebagai panduan
Sinaran wahyu bayang kehidupan
Syurga………
Dirimu impian manusia
Menjadi milikmu adalah taruhan jua
Indahmu dibayangi kepahitan
Menggapaimu jua disusuli kesukaran
Diantara yang hak dan jua kebatilan
Syurga………
Soleh dan solehah menjadi tatapanmu
Ketaqwaan di dunia hasilnya adalah dirimu
Keluhuran manusia menitipkan janjimu
Rahmat yang Esa tagihan penentu
Setelah pengabdian menjadi syaratmu.
Darul Quran Jakim
17 Ramadhan 1426 H 21:40 pm
Wednesday, 4 January 2012
Jangkauan Kasih
Kita Berjumpa Kerana Takdir
Kita Berkawan Kerana Kasih Sayang
Kita Bersama Kerana Hati
Kita Berpisah Kerana Cita-Cita
Kita Kekal Kerana Kuatnya Ukhuwwah
Kita Bergaduh Kerana Harga Satu Ikatan
Tapi Yang Paling Penting Semuanya Kerana Allah
Bukan Mudah Untuk Berkawan
Bukan Mudah Untuk Kekalkan
Bukan Mudah Untuk Teruskan
Bukan Mudah Sehingga Sekarang
Tapi Semuanya Kerana Allah
Tanpa Dia Tidak Mungkin Sekarang Terjadi
Coretanku Adalah Biasa Bagi Insan Yang Buta
Satu Lakaran Hati
Satu Rahsia Rasa Bagi Insan Yang Daif
Yang Mempunyai Sejuta Maksud Pada Jiwa Yang Memahami
Kita Berkawan Kerana Kasih Sayang
Kita Bersama Kerana Hati
Kita Berpisah Kerana Cita-Cita
Kita Kekal Kerana Kuatnya Ukhuwwah
Kita Bergaduh Kerana Harga Satu Ikatan
Tapi Yang Paling Penting Semuanya Kerana Allah
Bukan Mudah Untuk Berkawan
Bukan Mudah Untuk Kekalkan
Bukan Mudah Untuk Teruskan
Bukan Mudah Sehingga Sekarang
Tapi Semuanya Kerana Allah
Tanpa Dia Tidak Mungkin Sekarang Terjadi
Coretanku Adalah Biasa Bagi Insan Yang Buta
Satu Lakaran Hati
Satu Rahsia Rasa Bagi Insan Yang Daif
Yang Mempunyai Sejuta Maksud Pada Jiwa Yang Memahami
Tuesday, 3 January 2012
Diambang Pasca Mula
Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
agar kau kan rasai erti kemanisan iman
Setanggi kasih di persada cinta tuhan
Suburkan cinta kita yang bernama insan
dengan nilai kasih sayang dan kepercayaan
Keperibadian diri yang utuh dari segala tipu daya dan duri
pancaroba dunia mematangkan akal fikiran dalam merubah
dan membentuk sahsiah diri yang sempurna
Kejujuran dalam mencari petunjuk jalan mewujudkan rasa keinsafan
dan kedambaan setia kasih sejuta harapan keredhaan ILLAHI
Keabadian diri dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan
adalah secebis daripada kemahuan kasih setiap insan
Susun atur kehidupan yang berlatarkan kefanaan dengan dibayangi rentak
permainan takdir ILLAHI makin mematangkan keterampilan akal pemikiran
dalam merealisasikan sumber ilham akhir yang terbit dari pasca mata sanubari
Keinginan di lapisan keupayaan akan mencambahkan ketelitian
dalam merumuskan setiap bait keputusan harian kehidupan .
MAKA INGATLAH!!!!!!!!!!!!!
Kehidupan Membalikkan Seribu Satu Pengertian
Along Arafat
Darul Quran JAKIM
11:30 pm 21 Jun 2005
Monday, 2 January 2012
Bisikan Penyeri Alam
Suria perkasa menerangi alam
Salur penyuluh bibit kehidupan
Cetusan sinaran petunjuk jalan
Antara terang dan kegelapan
Sinaran indah di kabus suram
Menghias malam penuh keasyikkan
Ditemani kerdipan bintang gemerlapan
Cahaya pengubat ilusi pemandang
Susur alur silih berganti
Siang menjelma menyepi malam
Ibarat hidup antara mati
Tiada putus selepas mendatang
Bukti pencipta diri keduanya
Sebagai penyeri tonggak semesta
Menjadi pengukur insan menghayati
Agar tidak gelincir dari titian hari.
along arafat
darul quran jakim
11:15 pm 2 JULAI 2005
Salur penyuluh bibit kehidupan
Cetusan sinaran petunjuk jalan
Antara terang dan kegelapan
Sinaran indah di kabus suram
Menghias malam penuh keasyikkan
Ditemani kerdipan bintang gemerlapan
Cahaya pengubat ilusi pemandang
Susur alur silih berganti
Siang menjelma menyepi malam
Ibarat hidup antara mati
Tiada putus selepas mendatang
Bukti pencipta diri keduanya
Sebagai penyeri tonggak semesta
Menjadi pengukur insan menghayati
Agar tidak gelincir dari titian hari.
along arafat
darul quran jakim
11:15 pm 2 JULAI 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)