Friday, 6 January 2012

Iktiraf

Lakaran tinta deruan badai
Membangkit jati panorama bayu
Beralih awan citra agong
Menusuk jiwa menikam kalbu
Biasan cahaya penyeri liku

Hiasan budi tawanan hati
Rahsia tutur antara bibit
Reda detik dibalik kepedihan 
Sayu gerisik gantian perasaan
Membeli lambaian erti matang

Pesona pujian roda takhta
Rumit purnama menyuluhi semangat
Taksub susila lunak kehidupan
Membina seni membentuk bangsa
Luhur peribadi bait ketentuan

Percaya asas penyeri damai
Menuju puncak menyiram cita
Angguk bertitah ngeleng berhujah
Menawar rupa janji pengikat
Penebus keluh pengertian iktiraf

Along Arafat
Darul Quran Jakim
06:45 pm  24 Jun 2005

Thursday, 5 January 2012

Syurga

Namamu masyhur dibibir manusia
Tinggi nilaimu tidak terbeli oleh harta
Menjadi nisbah alam kehidupan
Biar iman dan amal adalah segala
Namun rahmat Allah jua menjadi sandaran

Syurga………
Petunjuk hidayah anugerah tuhan
Terbentuk sahsiah tingkatan iman
Nabi dan rasul sebagai utusan
Membawa jalan sebagai panduan
Sinaran wahyu bayang kehidupan

Syurga………
Dirimu impian manusia
Menjadi milikmu adalah taruhan jua
Indahmu dibayangi kepahitan
Menggapaimu jua disusuli kesukaran
Diantara yang hak dan jua kebatilan

Syurga………
Soleh dan solehah menjadi tatapanmu
Ketaqwaan di dunia hasilnya adalah dirimu
Keluhuran manusia menitipkan janjimu
Rahmat yang Esa tagihan penentu
Setelah pengabdian menjadi syaratmu.





Darul Quran Jakim
17 Ramadhan 1426 H   21:40 pm

Wednesday, 4 January 2012

Jangkauan Kasih

Kita Berjumpa Kerana Takdir
Kita Berkawan Kerana Kasih Sayang
Kita Bersama Kerana Hati
Kita Berpisah Kerana Cita-Cita
Kita Kekal Kerana Kuatnya Ukhuwwah
Kita Bergaduh Kerana Harga Satu Ikatan
Tapi Yang Paling Penting Semuanya Kerana Allah
Bukan Mudah Untuk Berkawan
Bukan Mudah Untuk Kekalkan
Bukan Mudah Untuk Teruskan
Bukan Mudah Sehingga Sekarang
Tapi Semuanya Kerana Allah
Tanpa Dia Tidak Mungkin Sekarang Terjadi
Coretanku Adalah Biasa Bagi Insan Yang Buta
Satu Lakaran Hati
Satu Rahsia Rasa Bagi Insan Yang Daif
Yang Mempunyai Sejuta Maksud Pada Jiwa Yang Memahami

Tuesday, 3 January 2012

Diambang Pasca Mula

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan

agar kau kan rasai erti kemanisan iman

Setanggi kasih di persada cinta tuhan

Suburkan cinta kita yang bernama insan

dengan nilai kasih sayang dan kepercayaan

Keperibadian diri yang utuh dari segala tipu daya dan duri

pancaroba dunia mematangkan akal fikiran dalam merubah

dan membentuk sahsiah diri yang sempurna

Kejujuran dalam mencari petunjuk jalan mewujudkan rasa keinsafan

dan kedambaan setia kasih sejuta harapan keredhaan ILLAHI


Keabadian diri dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan

adalah secebis daripada kemahuan kasih setiap insan

Susun atur kehidupan yang berlatarkan kefanaan dengan dibayangi rentak

permainan takdir ILLAHI makin mematangkan keterampilan akal pemikiran

dalam merealisasikan sumber ilham akhir yang terbit dari pasca mata sanubari

Keinginan di lapisan keupayaan akan mencambahkan ketelitian

dalam merumuskan setiap bait keputusan harian kehidupan .


MAKA INGATLAH!!!!!!!!!!!!!

Kehidupan Membalikkan Seribu Satu Pengertian



Along Arafat
Darul Quran JAKIM
11:30 pm 21 Jun 2005

Monday, 2 January 2012

Bisikan Penyeri Alam

Suria perkasa menerangi alam
Salur penyuluh bibit kehidupan
Cetusan sinaran petunjuk jalan
Antara terang dan kegelapan

Sinaran indah di kabus suram
Menghias malam penuh keasyikkan
Ditemani kerdipan bintang gemerlapan
Cahaya pengubat ilusi pemandang

Susur alur silih berganti
Siang menjelma menyepi malam
Ibarat hidup antara mati
Tiada putus selepas mendatang

Bukti pencipta diri keduanya
Sebagai penyeri tonggak semesta
Menjadi pengukur insan menghayati
Agar tidak gelincir dari titian hari.

along arafat
darul quran jakim
11:15 pm  2 JULAI 2005

Sunday, 1 January 2012

Rahsia Ilusi Perindu

Bias cahaya pantulan keasyikkan irama
Gelodak sanubari kekangan amukan tarikan jiwa
Gemersik alunan penambat hubungan dua kisah
Getaran pengubat kalbu menghilang antara DIA dan AKU
Kemunculan waktu tersentak tangguhan godaan terpadam

Kilauan ilusi anugerah mahkota keikhlasan
Bait kalam mengupas pengertian kehidupan
Dibalik fajar kelam yang menghembus kerinduan
Tersingkap kesucian rahsia bibit ikatan permulaan
Detik berkait tanda bersemi sebuah babak lakonan

Hakikat alam terbenam dipersada kealpaan
Pergolakan jiwa dalam kelalaian merubah makna kesungguhan
Nilai sebuah benteng kesetiaan menolak setiap kehendak
Bergetar kurungan akal melawan setiap erti sebuah hakikat
Kesetiaan penggelar insan yang megah dipagari manik bayangan igauan

Ketulusan ilusi pemilik rangsangan kasih antara perasaan
Lisan bersuara berputar melodi menggubah alasan
Terbit kenyataan memaku sebuah kepuasan menjelang
Kemanisan terserlah penghujung sebuah erti rayuan
Penghias keindahan seri tuntunan harapan berakhir

Along Arafat
Putra Nilai N9
00:01am 1 Januari 2012